Memaparkan catatan dengan label Motivasi Diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Motivasi Diri. Papar semua catatan

Khamis, 19 September 2013

Hidup Bukan Rahsia!


Amie ingin kongsi hasil bacaan (Hidup Bukan Rahsia - Anda, Saya dan Kita oleh Zabrina A. Bakar) yang cukup menarik untuk difikirkan bersama:
Firman Allah:

"Dan apa jua musibah yang menimpa kamu adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah mmemaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)". (Asy-Syura 42:43)

Astaghfirullah. Ayat di atas benar-benar membuat saya berasa takut.



Yang pertama, perkataan 'musibah' yang bermaksud malapetaka, masalah, kesusahan, tragedi, kegagalan, penderitaan, kekacauan dan kemalangan.

Kemudian, Allah yang Maha Kuasa juga menyebut perkataan 'apa jua' yang membawa erti kesemuanya - tidak kira apa pun, semua, setiap satu, setiap perkara, keseluruhannya dan selengkapnya, setuju?

Ini diikuti dengan perkataan-perkataan 'adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri', yang bermakna saya yang melakukan perkara itu, dan tangan saya dengan sepuluh cap jari saya sendiri yang telah melakukannya!

Jadi, apa yang Allah maksudkan ialah tiada satu pun musibah yang berlaku pada saya berpunca dariapada orang lain! Malah, semuanya berlaku disebabkan apa yang saya sendiri telah lakukan.

Ya Allah, saya terpaksa akui, ayat ini adalah antara yang paling pahit untuk saya telan!

Namun demikian, semakin lama saya merenung ayat ini, semakin jelas saya memahami maksudnya.

Jika saya terlewat disebabkan kesesakan jalan raya, daripada saya menyalahkan trafik, mengapa saya tidak keluar lebih awal dari rumah?

Jika baju baru saya terlalu ketat, daripada menyalahkan saiz baju itu, mengapa saya tidak kurangkan berat badan saya?

Jika saya kesuntukan masa, daripada saya menyalahkan semua kerja yang perlu saya siapkan, mengapa saya tidak merancang kerja saya dengan lebih teratur?

Jika saya mahukan keputusan peperksaan yang lebih baik, daripada menyalahkan subjek atau guru saya, mengapa saya tidak belajar dan mengulangkaji dengan lebih tekun.

Jika saya mahu lebih banyak wang simpanan, daripada menyalahkan kenaikan harga barang, mengapa saya mempunyai lebih sepuluh pasang kasut?

Jika saya mahu naik pangkat, daripada menuduh Boss pilih kasih, mengapa saya tidak berusaha lebih gigih untuk menonjolkan kebolehan saya?

Jika saya benar-benar bencikan kerja saya, daripada bersungut setiap hari, mengapa saya tidak segera memohon pekerjaan lain?

Jika saya kurang sihat, mengapa saya tidak makan ubat yang doktor berikan?

Jika saya gemburuh sewaktu membuat pembentangan, mengapa saya tidak berlatih sebelum itu?

Jika perbelanjaan saya terlalu tinggi, mengapa saya tidak menjalani hidup yang lebih sederhana dan mengurangkan perbelanjaan seharian?

Mengapa? Mengapa? Mengapa? Dan mengapa saya perlu menyalahkan orang lain? Alhamdulillah, saya rasa kepedihan yang saya rasakan tadi semakin berkurangan sekarang.

Jadi, apakah tujuan semua soalah di atas yang saya tanya pada diri saya sendiri? Hanya satu saja tujuannya - yang Allah telah mengarahkan kita agar merenung diri kita sendiri sebelum menyalahkan orang atau benda lain di atas segala bencana yang menimpa kita.

Tiba-tiba saya berasa sedih memikirkan musibah perbuatan tangan saya sendiri. Sudah tentu! Saya sendiri yang mengakibatkan bencana dan penderitaan dalam hidup saya.
Sob, sob, sob.... ada tisu tak?

TAPI SAYA RASA SANGAT SERONOK DI PAGI JUMAAT YANG BERKAH INI KERANA DAPAT BERKONGSI SESUATU YANG BERMANFAAT BERSAMA RAKAN FB YANG DISAYANGI 

Khamis, 29 Disember 2011

Mengenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir

Seminar Anjakan Rahsia Diri
(Mengenali Potensi Diri Melalui Tarikh Lahir - Melalui Kaedah Sains Metafizik)
Tempat: Bilik Kuliah Kompleks Sukan Sandakan
Tarikh :  23 Disember 2011
Masa  : 7.30 malam- 11 .00 malam


Amie telah menghadiri seminar ini atas saranan seorang rakan dari Kota Kinabalu. Walaupun tempoh seminar yang singkat (1/3 dari jumlah perjalanan), namun sekurang-kurangnya Amie  mendapat idea, ilmu dan pengalaman baru.

Mungkin ramai yang pernah menghadiri seminar ini ataupun pernah mendengar tentang isu ini. Seminar ini bukan bertujuan untuk mengajar kita meramal nasib atau menilik nasib seperti ahli nujum! Jadi, sesiapa yang berminat hendaklah memahami terlebih dahulu penjelasan yang diberi seperti berikut:

1. Kaedah ini adalah Kajian Sains Manusia dan BUKAN berkaitan dengan agama atau kepercayaan. BUKAN ajaran sesat atau tahyul dan ia bertujuan untuk membuat strategi peningkatan diri sahaja.

2. Kaedah ini tidak menentukan masa depan anda. Ia hanya memberi beberapa panduan untuk mengenal pasti potensi diri.

3. Peringatan untuk umat Islam: Kaedah ini hanyalah berdasarkan kajian Sains Kelakuan Manusia yang dirujuk dari berbagai sumber. Ia bukan ramalan masa depan anda tetapi satu kaedah untuk menentukan strategi terbaik dalam meningkatkan lagi potensi diri.

4. Kaedah ini tidak menentukan kejayaan atau kegagalan dalam hidup anda.

5. Di sini mungkin ada keterangan yang menyinggung perasaan dan sensitif.

6. Anda dinasihatkan tidak sewenang-wenangnya menggunakan ilmu yang dipelajari untuk menentukan masa depan orang lain.

7. Anda tidak perlu percaya apa yang dipelajari CUMA anda diminta membuat perbandingan dengan apa yang selama ini anda lalui dan anda berhak menentukan samada segala kaedah ini betul atau tidak!


ANDA MUNGKIN MEMILIKI KEHEBATAN YANG TERPENDAM SELAMA INI! ANDA SEPATUTNYA LAGI HEBAT DARI YANG ANDA SANGKAKAN SELAMA INI!