Memaparkan catatan dengan label Renung Bersama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Renung Bersama. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Mei 2013

Renungan Bersama IX

Seseorang yang memahami orang lain adalah berpengetahuan; seseorang yang memahami diri sendiri adalah bijak.

LAO TSE
Ahli Falsafah Cina
Abad ke - 6TM

Selasa, 25 Disember 2012

Renung Bersama VIII

Jika anda tidak berani dan tidak sanggup bekerja untuk kemajuan, tidak ada orang yang akan memajukan anda. Sebenarnya semua orang mempunyai kesempatan memperlihatkan kecekapannya.
~Filsuf~

Percaya tenaga sendiri, peganglah nasib hidup dengan kedua-dua belah tangan, dan ubahlah nasib mengikut kemahuan sendiri.
~Dr. Abu Hanifah~

Takdir dan untung nasib bukan sesuatu yang datang secara kebetulan. Ia melibatkan pilihan. Ia juga bukanlah sesuatu yang hanya perlu ditunggu, sebaliknya ia adalah sesuatu yang perlu dicapai.
~William Jennings Bryan~

Ilmu pengetahuan bukan ciptaan manusia tetapi rahsia takdir Tuhan yang dipinjamkan kepada manusia. Oleh itu, manusia tidak harus bersikap sombong dengan ilmu pegetahuan yang dimiliki malah sepatutnya bersyukur.
~Hamka~

Jumaat, 23 Mac 2012

Renung Bersama VII


Jangan melihat ke belakang dengan marah ataupun melihat ke hadapan dengan cemas, tetapi lihatlah dengan penuh keinsafan.

James G. Thurber

Rabu, 21 Mac 2012

Renung Bersama V1


Jika kejahatan dibalas kejahatan, maka itu adalah dendam.
jika kebaikan dibalas kebaikan, itu adalah perkara biasa.
Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim.
Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji....??????


Khamis, 8 Mac 2012

Renung Bersama V

Fikirkan permusuhan, kita akan dimusuhi.
Fikirkan kebencian, kita akan dibenci.
Tetapi sekiranya kita fikirkan kasih, maka kita akan dikasihi.

Isnin, 20 Februari 2012

Renung Bersama IV


Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.

Kata-kata yang ucapkan sembarangan dapat mewujudkan perselisihan. Kata-kata yang kejam dapat menghancurkan suatu kehidupan. Kata-kata yang diucapkan pada tempatnya dapat meredakan ketegangan. Kata-kata penuh cinta dapat menyembuhkan dan memberkati.

Rabu, 15 Februari 2012

Renung Bersama III

Kebenaran itu apabila dijemur di bawah cahaya matahari, ia tidak akan lekang. Biarpun ditinggalkan dalam hujan lebat, ia tidak akan hilang.

Jambatan menjadi penghubung antara dua buah kampung, perkahwinan menjadi penghubung antara dua indan manakala anak menjadi penghubung antara ibu dan ayah.

Keikhlasan mempunyai kekilauan dan sinar meskipun ribuan mata tidak melihatnya.

Rakyat itu akar bangsa. Jika akarnya sihat, pokoknya pun sihat.

Jumaat, 10 Februari 2012

Renung Bersama II

Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yang kadang kala boleh menjahanamkan diri sendiri.

Sekalipun tidak pernah menjadi kaya raya, kita masih beruntung tidak juga papa kedana.

Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk bertindak.

Sungguh benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita miliki sampai kita kehilangannya, tetapi sungguh benar pula bahawa kita tidak tahu apa yang belum pernah kita miliki sampai kita kehilangannya.

Rabu, 8 Februari 2012

Renung Bersama I

Kata-kata yang lemah lembut dan beradab dapat melembutkan hati manusia yang keras.
- Aflatun

Seseorang yang melakukan kesalahan tetapi tidak membetulkannya sebenarnya telah melakukan satu kesalahan lagi.

Manusia tidak merancang untuk gagal tetapi gagal untuk merancang.


Kecantikan abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Jagalah dirimu baik-baik, usahakanlah kemuliaannya, kerana engkau dipandang manusia bukan kerana rupa tetapi kesempurnaan budi dan adab.

Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis akhirnya.

Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.