Khamis, 21 April 2011

Sambutan Ulang Tahun di Pringsewu - Majenang

Restoran Pringsewu yang kami singgahi terletak di jalan Raya Banjar - Majenang KM 10 Wanareja... nampaknya kami sudah memasuki sempadan Jawa Tengah di sebelah selatan Pulau Jawa. Bandung sudah 186km kami tinggalkan. Restoran Pringsewu mempunyai rangkaian perniagaan terasuk Restoran Taman Pringgading di Purwokerto, Restoran Taman Pringsewu di Sleman, Yogyakarta, Restoran Taman Pringjajar di Pemalang, serta banyak lagi cawangan lain seperti di Tegal, Arjawinangun, Banyumas, Cilacap, Surakarta dan Indramayu. Jom kita masuk ke dalam restoran yang terletak berhampiran serumpun buluh nan subur ini....
Inilah muka-muka letih & lapar menunggu hidangan yang dipesan. Tiba-tiba sesuatu 'akan terjadi' tanpa kamu duga... salah seorang pelayan restoran bertanya, adakah di antara kami yang lahir di antara 14 Februari hingga 14 Mac. Kebetulan Veera berulangtahun pada 13 Mac 2011.... beberapa minit kemudian datang beberapa orang dengan alat muzik di tangan memasuki ruang kami (dalam bilik makan) sambil memainkan alat muzik dan menyanyi.....







Wow... ada kek dan lilin sekali....Happy Birthday Veera..... antara senikata lagu yang dinyanyikan lebih kurang begini:
selamat ulang tahun
kami ucapkan
semoga panjang umur
serta bahagia
panjang umurnya
panjang umurnya serta mulia
Veera pun meniup lilin........



Ulang tahun Veera yang ke.......



Ini cenderamata kenangan untuk Veera dari Pringsewu. Lepas ni acara apa pula... potong kek la....



Ha..aaa... kek diambil balik.. la...  Veera diberi segelas air di atas tu...hu hu ..... Dah habis acara tiba-tiba muncul Zana dari toilet, terpinga-pinga dia. La....tertinggal lagi ko Zana... birthdaynya 25 Februari, boleh join sekali tadi tu.... he he..hidangan pun sampai satu persatu. Sebenarnya sepanjang perjalanan terutama di daerah Tasikmalaya, Amie asyik terpandang buah kelapa muda di tepi jalan. Teringin nak minum air kelapa... tu yang Amie pesan tu..., bila pesanan tiba.... beginilah rupa air kelapa tu...ingatkan sebiji kelapa yang keluar macam yang selalu Amie minum di Kota Kinabalu dan Tuaran atau tempat-tempat lain di Sabah.



Wa.....macamana nak baik batuk ni...ais...ais....ais kelapa..... 



Tahu dan tempe ..... tetap ada di mana-mana & cili padi tu...eiiii pedassss buk! Tahu & tempe di atas ni berharga RP12,000.



Ayam Goreng Penyet berharga Rp15,000....mak datukkk....sambalnya pedas amat pak....!



Di atas ni pulak Ayam Tepung Dua Rasa.... Rp39,500. Oooo lain pula hidangannya kan...di bahagi 2, sebelah bermayonis, sebelah lagi sos sweet & sour. Ha... di bawah ni Amie yang pesan. Sedap tau....



Ini makanan kegemaran Amie... Jamur (Cendawan) Krispy Sos Mayonaise dengan harga Rp25,000. Teringin pula nak hirup sup. Kami pun pesan Sop Pengantin berharga Rp27,500. Beginilah rupa Sop Pengantin tu.....



Inilah rupa Sop Pengantin.... ada rupa pengantin tak...he he he... kami pun makanlah mengisi perut yang lapar....



Alhamdulillah..... macam-macam menu sudah kami jamah. Bermula di Dapur Sangkuriang menikmati masakan Jawa Sunda, di Pringsewu pula mencicipi masakan Jawa Tengah. Kami menaiki bas untuk menyambung perjalanan sejauh lebih kurang 251km lagi untuk sampai ke Yogyakarta. Sepanjang perjalanan, ada sahaja pemandangan yang menarik dapat dilihat. Sudah semestinya kami menyaksikan sendiri panorama alam terutama sawah padi dengan pelbagai suasan... ada yang sedang mengetam padi, ada yang sedang menanam, di kawasan lain pula padi sedang subur menghijau berteres-teres, ada pula sawah yang sedang diairi. Ada yang sedang mengangkat semaian ke sawah dan yang tidak indah ialah pemandangan tunggul-tunggul padi yang belum dibersihkan. Selain melewati rumpun bambu atau rumpun buluh, bas pariwisata terus laju meninggalkan hutan sertang dan hutan konnifer. Senja mula menyelubungi alam.... perjalanan masih diteruskan.



Rabu, 20 April 2011

Sumedang - Cileunyi - Nagrek - Malangbong - Tasikmalaya - Ciamis - Banjar - Majenang

Pagi pertama 14 Mac 2011, kami check-out dari Grand Serela Hotel untuk meneruskan perjalaan. Singgah sebentar di pusat penukaran mata wang. Oleh kerana kaunter belum dibuka (kami orang pertama tiba di kantor ini)... sempat ambil gambar sementara menunggu menukar RM untuk menjadi jutawan rupiah....


Kemudian kami meneruskan perjalanan dan singgah sebentar di sebuah kedai di daerah Sumedang. Amie minta Pak Dedi belikan ubat batuk ... harganya Rp3,000. Rasa lega sedikit setelah menelan sepaket. Pak dedi juga membelikan kami sebakul Tahu Sumedang. Nak tahu macamana rupanya... ha..cuba tengok di bawah....



Ini dia Tahu Sumedang... makan dengan cili padi, tapi Amie tak makan cilinya....pedassssss....



Tahu Sumedang di jual bersama bakul anyaman. Amie dengan Zana je yang habiskan makanan ni sepanjang perjalanan....... Ada lagi makanan istimewa Pak Dedi belikan kami tau....dari Gedung Kartika Sari. Ha.. pernah dengar Pisang Keju Bollen & Pisang Cokelat Bollen? Mari lihat gambar di bawah ni....



Gambar di atas ni ialah Pisang Cokelat Bollen.



dan juga Pisang Keju Bollen. Penuh bau dalam bas. Masih panas lagi....sedap sangat! Makan sebiji pun terasa kenyang. Dalamnya tu ada potongan pisang..... oleh kerana perjalanan yang sangat panjang, kerja kami ialah makan & tidur selain melihat dan merakam gambar pemandangan di kiri kanan jalan yang kebanyakannya terdiri daripada sawah padi dan rumah-rumah perseorangan. Oh ya... hampirAmie terlupa tentang cara pemanduan mereka di sini... sebenarnya menurut Pak Dedi, tiada saman dikeluarkan sekiranya memandu melebihi had laju, tetapi saman dikeluarkan sekiranya berlaku kemalangan. Jadi masing-masing pemandu sentiasa berhati-hati. Kalau di tempat kita, masing-masing pemandu akan mempertahankan hak atau lorong masing-masing, kalau kemalangan berlaku memang kepatuhan kepada peraturan dan undang-undang jalan rayalah yang pertama dikemukakan sebagai bukti. Namun berbeza pula dengan keadaan di sini, sekiranya pemadu di bahagian hadapan melihat kita memotong kenderaan, walaupun sangat hampir, mereka tetap memberi jalan dengan memperlahan kenderaan atau  ke tepi jalan.....maknanya masing-masing faham, bertimbang rasa dan ingin selamat. Itu sahajalah kesimpulan yang dapat kami buat.



...melepasi Tol Cileunyi.



.....tanam padi berteres.



....tanaman sayur-sayuran.


....pertanian yang dijalankan masih secara tradisi.

 Bas periwisata terus meninggalkan Gunung Payung, sawah padi yang luas terbentang, memotong pelbagai jenis kenderaan dan akhirny berhenti sebentar untuk kami menunaikan solat zohor di sebuah musolla di Tasikmalaya. Kami meneruskan perjalanan sambil menikmati keindahan alam....banyak rumpun buluh di kiri kanan jalan. Pak Dedi ramah melayani segala karenah dan pertanyaan kami...dan akhirnya kami memahami maksud bendera merah putih lambang negara republik ini...mudah sekali iaitu merah bermaksud: darahku dan putih: tulangku.... tafsirkanlah sendiri... dan kami terus mara ke hadapan melihat kehidupan tradisi masyarakat di sini, membanting tulang empat kerat di sawah padi. Adakalanya ternampak padi yang sedang menguning, ada pula yang baru ditanam. Ada sawah yang baru habis dituai, mungkin cara penanaman yang tidak sama seperti di tempat kita yang kebanyakannya menggunakan jentera. Di sini mereka masih menanam satu persatu benih padi yang diambil dari tapak semaian. Rasanya semua inci tanah dimanfaatkan untuk penanaman padi kerana di tepi rumah pun penuh dengan tanaman padi, dan seringkali kami lihat adanya kolam ikan berhampiran rumah mereka. Jarak di antara rumah, sawah padi dan jalan raya sangat dekat.....


Setelah lenguh2 kaki tangan & badan duduk berjam-jam dalam bas, kami singgah di Majenang untuk makan tengahari. Eh..eeee sebaik sahaja pintu bas terbuka, datang pula pelayan restoran membawa payung untuk kami.... hujan ke... atau ada apa-apa ni.... Wokey... setakat ini dahulu catatan Amie. Nanti Amie sambung lagi.

Isnin, 18 April 2011

Semalam di Grand Serela Hotel

Sore 13 Mac 2011, kami tiba di tempat penginapan untuk malam pertama perjalanan kami... hotel 4 bintang iaitu Grand Serela Hotel di JI. LLRE Martadinata, Kota Bandung. Rasa tak mahu keluar dari bilik sebab terasa letih dan sakit kepala. memikirkan bukan selalu dapat berkunjung ke negeri orang, Amie gagahkan juga diri untuk keluar makan malam di sea food restoran. Kami tidak makan di hotel. Walaupun tekak rasa sakit, tapi tak mahu lepas peluang mencicipi hidangan yang bakal disajikan.
Lebih kurang pukul 7 malam kami sudah bersiap sedia untuk ke sea food restoran. Kami memesan Ikan Bawal Masak Sweet & Sour, Udang Harimau Goreng Butter, Ketam Goreng Pedas Sos Singapura, Sayur Kailan polos, Sayur Brokoli Campur serta Ikan Kerapu Kukus dan juga pelbagai jus buah-buahan mengikut cita rasamasing-masing.



Inilah menu yang dipesan... Ketam Goreng Pedas Sos Singapura.



Ini pula Udang Harimau Goreng Butter. Yang di bawah ini ialah Ikan Bawal Masak Sweet & Sour.



Yang menariknya, isi ikan dimasak dan kemudian dihidang bersama tulang dan kepala ikan yang digoreng berasingan. Sama seperti gurame sweet & sour di Dapur Sangkuriang... ehh...eee...siapa yang suka sangat makan ikan masak sweet & sour ni... kalau tak silap Veera yang pesan masakan ni.... Yang di bawah ni pula Ikan Kerabu Kukus.



Walaupun sakit tekak & sakit kepala, semua resepi nak juga dirasa.... balik hotel terus tidur. Siap berpesan dengan rakan, kalau ada terdengar sebarang bunyi-bunyian di tengah malam...minta maaf. Nampaknya esok pagi tak ada sebarang komen dan Amie pun tak dengar apa-apa dari pihak sebelah.... he he tidur matilah tu.... 14 Mac 2011, kami bangun pagi dalam keadaan yang lebih segar dari kelmarin. Kami bersarapan di hotel dan kali ini Amie makan sikit-sikit saja sebab hanya nak rasa.....



Yang di atas ni Amie makan habis.



Nak cuba rasa bubur nasi...hhmmm memang nasinya sedap, macam pulut. Lauknya pula ada beza sedikit dengan hidangan di tempat kita. Di sini lengkap dengan serunding, tauhu goreng, keropok dan pelbagai macam....pilih saja yang berkenan. Inipun Amie makan habis juga...sama dengan Zana.



Veera kata pisang keju sedap...banyak juga dia makan. Amie pun nak cuba sikit. Zana pula kata kuih srabi sangat sedap... Amie pun ambil juga....akhirnya tak termakan sebab dah kekenyangan.



Di atas ni dice potato, kakap lemon butter, kaki ege...????  dan nak juga rasa mushroom soup & garlic bread di tempat orang....



Dan tak lupa mencicipi dessert comel nan sekeping di bawah ni...



Apa pula di bawah ni?



Ha.... ini aksesori di lobby hotel...saja Amie ambil gambar. Kami meninggalkan Grand Serela Hotel untuk ke destinasi seterusnya iaitu ke Yogyakarta. Menurut Pak Dedi, perjalanan memakan masa antara 10 hingga 12 jam. Apa yang kami lalui di sepanjang perjalanan selain tidur dan makan..... sesungguhnya inilah pengalaman pertama menaiki bas yang dipandu laju, mengecutkan perut.... dan kata Pak Dedi, kenderaan boleh dipandu sehingga 220km sejam. Bayangkan.... seolah2 kita naik hantu terbang, dan tiada sebarang kemalangan jiwa atau kenderaan yang kami temui selama pengembaraan pergi balik dari Jawa Barat ke Jawa Tengah. Jumpa lagi dalam Sepanjang Perjalanan dari Kota Bandung ke Kota Yogyakarta.


Jakarta - Bandung

Perjalanan dari Jakarta ke Bandung mengambil masa lebih kurang 3 jam. Pemandu pelancong kami ialah Pak Dedi sementara pemandu bas pariwisata ialah Pak Udin.


Pemandangan kota Jakarta yang sempat kami rakam dalam perjalanan ke Bandung.



Antara kehijauan dan arus pemodenan....



Yang pastinya hijau dedaun di sini tampak lebih subur.....



Peta perjalanan kami selama 6 hari 5 malam dari Jakarta - Bandung - Yogyakarta (Jawa Barat hingga ke Jawa Tengah). Waduh buk.... kami rasa lapar yang amat sangat. Jam di sini beza 1 jam lewat dari tempat kita. Akhirnya bas periwisata berhenti di Restoran Sangkuriang di  Jalan Setiabudhi di Bandung.



'Wilujeng Sumping'... itu bahasa Jawa Sunda kata Pak Dedi  yang bermakna 'Selamat Datang'. Inilah bahagian hadapan Restoran @ Dapur Sangkuriang itu. Kami tidak memilih tempat di bahagian dalam restoran sebaliknya pergi ke wakaf@pondok di bahagian belakang.



Pemandangan di hadapan wakaf@pondok.





Kami sangat tertarik dengan anyaman dindingnya...dan selepas ini kami sering menemui anyaman sepanjang perjalanan kami. Dan lihat di bawah... apa yang dihidangkan untuk kami... (pesanan & cadangan menu tengahari oleh Pak Dedi)...



Nasi terhidang dalam bekas tradisional.... rasanya lembut melekit seperti pulut. Menurut Pak Dedi, beras yang digunakan ialah beras pandan wangi dari Cianjur.



Tempe dan tahu gorengnya sangat sedap.... kami minta hidangan tempe dan tahu tambahan!



Ini Ikan Gurame Bakar.... berasap...panas... kami pun makan dengan penuh selera. Habis licin segala hidangan...termasuk ikan gurame masak masam manis, tom yam, ulam dan sambal ulek, ayam goreng... tapi ayam gorengnya kecil ye... ayam kampung....



Ini ayam kampung....goreng cecah dengan sambal.


 Dah kenyang...ambil gambar depan wakaf...., baru kami sedar ikan yang kami makan tadi ditangkap hidup-hidup dari kolam tu..... ikan gurame tu...sebenarnya ikan kaloi! Mak oiiii.... kami makan mak bawang merah... kaloi yang kita dok pelihara dalam akuarium tu....



7 sekawan berasa senang hati kerana perut sudah penuh berisi. Kami dibawa ke Pasar Baru untuk membeli belah. Di Pasar Baru kami tukar duit lagi. Di sini  tukar RM300 boleh dapat Rp824,000. Mungkin terlalu letih dan sejak kelmarin terkena hujan, Amie rasa kurang selesa. Rasa seperti hendak demam... jadi mood untuk membeli-belah terbantut sama sekali. Malas nak tawar menawar....  beli je sepasang telekong berharga Rp240,000, sepasang kasut kulit lembu Rp120,000, beg sandang berharga Rp170,00 dan sebuah beg bagasi (yang ternyata rosak apabila digunakan) berharga Rp250,000. Oleh sebab hanya bawa 2 helai baju, konon nak beli baju tapi susah nak dapat saiz sebab saiz di sini lebih kecil... terpaksa beli saiz 'M' yang sendat bila dipakai. Kawan-kawan yang lain... tak tahulah apa mereka borong.... kepala Amie rasa nak pecah, dan tekak mula terasa sakit.... tak sabar nak masuk hotel, nak mandi... nak baring...nak solat...nak rehat kejap. Sepanjang perjalanan menuju ke Hotel Serela kami masih bercerita tentang ikan gurame@kaloi yang kami makan di Dapur Sangkuriang tengahari tadi.... dan sebenarnya pelanggan yang memenuhi restoran itu dari negara kita belaka....



Lahad Datu - Tawau - LCCT - Jakarta

Setelah sekian lama tidak mengembara, berekspedisi bersama teman-teman... akhirnya tercapai juga hasrat hati untuk bercuti selama beberapa hari melihat negeri orang. Kali ini Amie bersama 7 ahli rombongan mengatur perjalanan selama 7 hari 7 malam ke Pulau Jawa. Perjalanan bermula seawal pukul 2.00 petang pada 12hb Mac 2011. Kami menaiki bas khas dari Lahad Datu ke Lapangan Terbang Tawau. Sebenarnya perjalanan tersebut tidaklah terlalu lama, hanya sekitar 2 jam sahaja tetapi hujan yang berterusan dari pagi menyebabkan bas terpaksa bergerak perlahan dan hampir pukul 5 petang kami tiba di lapangan terbang.

Di Lapangan Terbang Tawau. Jadual penerbangan ditunda hampir 1/2 jam kerana ada masalah trafik udara di samping cuaca yang kurang baik. Sampai di LCCT hampir pukul 10 malam, kami solat di surau dan menghabiskan masa di Restoran McDonald.



Oleh kerana penerbangan ke Jakarta pada keesokan pagi, kami  sempat pergi ke 'money changer' berkenalan dengan rupiah. Wow...50,000 rupiah...100,000 rupiah. Amie fikir tentu tak muat dompet tapi sebenarnya sikit je.... kebetulan nilai matawang berubah-ubah. Tukar RM100 dapat Rp260,000. Amie tukar RM400 dan dan dapat lebih 1 juta rupiah... he he.. merasa juga jadi jutawan.... tapi lebih baik tukar di sana, sebab harganya lebih murah berbanding di airport.



Sebenarnya kami pun pening-pening lalat mengira duit yang banyak sangat 000nya tu...  dan malam tu Amie bersama Zana sempat melelapkan mata seketika di surau, bangun pukul 4.30 pagi bergegas semula ke Restoran McDonald berkumpul bersama Veera, Dila, Jai, Nonie dan Gee (Gee baru sampai sebab Gee terbang sendiri dari Kota Kinabalu ke LCCT dan bermalam di rumah adiknya)..




Ini dia muka2 baru bangun tidur..... kami bergerak beberapa langkah dari McDonald menuju ke Taste of Asia.... takut perut lapar pada siangnya, kami pun makan juga sarapan pagi di sini....



Ini dia nasi lemak berharga RM6.90 tapi dah sejuk yang 'dipaksa' makan seawal pukul 5 pagi Ahad...13 Mac 2011. Lepas tu kami check-in dan segera menunaikan fardhu Subuh di surau. Lebih kurang pukul 7 pagi, kami berlepas untuk ke Jakarta .... semasa pemeriksaan imigresen sempat pegawai di situ usik Amie....wah...jadi jutawan ye? Amie sahut...ye, sekali-sekala.....



Bukan tak pernah naik kapal terbang, dah berpuluh kali tapi penerbangan kali ini lain sikit... tak tahu apa yang lain tu...agaknya sebab melihat matahari mula memancar .... nampak sungguh nyaman dan mendamaikan mata  memandang. Pesawat kami...Air Asia AK380. Sebenarnya Amie lebih banyak menghabiskan masa dengan tidur (kebetulan duduk di tepi tingkap), tapi tak berapa lena sebab cuaca yang baik, terang benderang terkena sinaran cahaya matahari.



Sudah menghampiri daratan Pulau Jawa.



Kejap lagi....nak landing....



Sampai dah Lapangan Terbang Soekarno-Hatta.



Pertama kali menjejakkan kaki di Jakarta.....



Perjalanan baru bermula.... tapi sudah ada peristiwa... tiba-tiba Zana hilang di celah-celah orang ramai selepas pemeriksaan imigresen... (dia tak nampak kami).hu hu...mau menangis dia dibuatnya, padahal dia berjalan di belakang Amie... tapi lepas tu jumpa semula. Kami ditemukan dengan pemandu pelancong dan terus menaiki bas pariwisata menuju ke Bandung...... Bandung????