Suka makan buah belimbing? Buah yang berbentuk bintang setelah dipotong ini mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Selain vitamin C, belimbing juga membekalkan vitamin B & A untuk penggemarnya.
Terdapat pelbagai jenis belimbing termasuk belimbing besi dan belimbing madu yang manis. Kepada penggemar belimbing untuk masakan pula, mereka boleh gunakan belimbing buluh yang masam sebagai bahan dalam masakan yang dihasilkan. Gambar di atas merupakan buah belimbing yang sedang mula membesar, dan Amie rakam selepas hujan.
Lokasi : Batu 6, Kampung Cocos, Lahad Datu.
Halaman rumah Tuan Imam Haji Rilay bin Abip.
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan belimbing, bolehlah klik ke Anim Agro Technology DI SINI.