Jalan-jalan di Taman Hidupan Liar, Lok Kawi, Sabah.
Bunga Halia Hutan?
Atau Bunga Halia Bara?
Cantik!
Bil. | Wanita Yang Berinisiatif | Wanita Yang Beremosi |
1 | Peribadinya memancar dari nilai-nilainya. | Peribadinya hasil daripada keadaan sekeliling yang melingkarinya. |
2 | Mengetahui kadar kemampuan dirinya dan tidak terkesan dengan kritikan yang buruk. | Suka dengan pujian yang berlebihan dan terlalu mudah mengkritik. |
3 | Sentiasa membicarakan keadaan semasa walaupun tidak diminta. | Hanya berbicara soal menyelesaikan masalah yang menimpa dirinya. |
4 | Meyakini apa yang sampai kepadanya hari ini merupakan hasil pilihan semalam. | Melihat setiap perlaksanaan itu dilakukan dengan tangannya, dan kegagalannya adalah disebabkan oleh keadaan sekeliling. |
5 | Tidak reda dengan keadaan dunia yang berada di bawah keadaan sekeliling, dan menjauhi rasa bangga diri. | Menerima keburukan-keburukan dalam sudut yang boleh memperbaiki kehidupan dan masa depannya. |
6 | Meyakini bahawa Allah SWT sentiasa memilih sesuatu yang terbaik untuknya. | Tidak tetap pendirian. Sentiasa mempersoalkan setiap perkara yang berlaku kepadanya dengan penuh kekecewaan. |
7 | Tidak akan berbicara melainkan menurut keyakinan dan kemampuannya untuk melakukannya. | Perkataan-perkataannya dan janji-janjinya sangat lemah untuk dicapai. |
8 | Memohon maaf tanpa rasa besar diri sekiranya melakukan kesilapan dan bertanggungjawab atas apa yang telah dilakukannya, serta berjanji tidak akan mengulangi kesilapannya. | Tidak bertanggungjawab dengan apa yang dilakukannya, dan membenarkan kegagalannya dengan pelbagai cara. |
9 | Kejutan yang besar kadang-kadang menyakitkannya, dan kesukaran kadang-kadang membimbangkannya, tetapi peribadinya tidak sekali-kali bergoncang bahkan bertambah teguh. | Hilang rasional ketika berlaku musibah dan tidak mampu mengawal emosi. |