Sabtu, 20 September 2014

Memaafkan....

memaafkan....
memaafkan bukan bererti melupakan
memaafkan tidak harus memberitahukan
memaafkan adalah untuk kenyamanan diri sendiri
memaafkan bukan bererti menyukai orang yang telah bersalah
memaafkan bukan bererti mengizinkan kesalahan untuk kembali terjadi

Kata-kata ini kutemui ketika mengikuti : Fundamental Hypnosis Advanced Hypnotherapy Wokshop
19-21 Jun 2014 di Kota Kinabalu

Over And Over

Lama dulu.... tahun 1979, ketika dalam darjah 5 Kuning, Sekolah Kebangsaan Dato' Maharaja Lela, Jeram, Selangor! Guru kelas kami, Cikgu Rosman Juraimi. Orangnya kurus, berkaca mata. Beliau mengajar kami dua mata pelajaran iaitu Sains dan Bahasa Inggeris. Murid sekelas yang biasanya dapat tempat pertama dalam ujian, sudah tentunya Noor Azmi, murid baru... entah datang dari mana. Dan tempat kedua, Amie! Pernah sekali ujian penggal dijalankan tapi Amie tidak hadir satu atau dua mata pelajaran sebab demam... sungguh! Amie tidak pernah ponteng sekolah kecuali demam! Biarpun hujan lebat, Amie tetap redah! Cikgu Rosman tulis dalam ruangan komen : Merosot! Beliau bertanya: Kenapa merosot? Amie pandang wajahnya yang sedang merenung tajam.... sehingga ke hari ini masih terbayang bulu matanya yang lentik di balik kaca matanya. Oh! Cikgu... kenapa tanya begitu? Sedangkan Cikgu sendiri tahu saya tidak hadir ujian sebab demam! (Tapi jawapan itu tidak mampu Amie keluarkan. Kalau diikutkan tidaklah buruk sangat keputusan itu... dari nombor 2 jatuh ke nombor 8! Kawan sekelas... kalau tak silap ada 39  orang!

Suatu pagi, seingat Amie sudah hampir tamat sesi persekolahan pada tahun tersebut. Maknanya kami sedang menghampiri cuti penggal ketiga, cuti akhir tahun. Cikgu Rosman menuliskan sebuah lagu bertajuk Over and Over di papan tulis. Kemudian beliau mengajar kami menyanyi, dan dengan mudah kami sekelas dapat mengikuti rentaknya yang sangat indah itu!

Over And Over
Nana Mouskouri

I never dare to reach for the moon
I never thought I'd know heaven so soon
I couldn't hope to say how I feel
The joy in my heart no words can reveal

REFRAIN

Over and over I whisper your name
Over and over I kiss you again
I see the light of love in your eyes
Love is forever,no more good-byes


Now just a memory the tears that I cried
Now just a memory the sighs that I sighed
Dreams that I cherished all have come true
All my tomorrows I give to you

Repeat Refrain)

Life's summer leaves may turn into gold
The love that we share will never grow old
Here in your arms the world's far away
Here in your arms forever I'll stay

Refrain twice

Lai...la...la...lai

Waktu itu, barangkali tidak seorang pun di antara kami yang memahami maksud tersirat di sebalik lagu ini. Apa yang kami tahu, mendengar rentaknya yang indah, kami pun rasa gembira menyanyi sampai rakan dari kelas sebelah datang mengintai ke kelas kami! Apalagi, kami pun makin kuatkan suara. Oh! Memori itu sangat menyentuh hati.... keriangan dan kegirangan di wajah teman-teman jelas kelihatan. Rakan-rakan sekelas yang masih Amie ingat sehingga ke hari ini.... duduk di sebelah Amie, Saripah Mohd Rais, kini berada di Singapura. Di hadapan kami, Azhar Ahmad... khabarnya sudah memiliki kedai alat muzik. Sesekali kami bertanya khabar di FB. 

Melalui rakan-rakan FB, khabarnya Cikgu Rosman telah kembali ke sisi-Nya. Al-Fatihah. Jasamu dikenang sepanjang hayat kami wahai Cikguku. Damailah Cikgu di sana. Amin.

Isnin, 15 September 2014

Selamat Menyambut Hari Malaysia : 16 September

 WARISAN

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini