Sabtu, 1 Mac 2014

One Day In Your Life

Sekali-sekala ketika mendengar lagu One Day In Your Life nyanyian Michael Jackson, pasti Amie terkenang seorang teman sewaktu menuntut di Universiti Malaya suatu ketika dulu. Entah apa khabarnya teman itu di ketika ini. Dia bukanlah seorang pelajar yang normal seperti kami. Dunianya gelap disebabkan cacat penglihatan yang katanya bermula seawal usia 7 tahun. Ketika itu dia asyik terlanggar tiang kerana pandangannya kabur, dan akhirnya disahkan buta ketika usianya 12 tahun.
Kami mengambil kursus yang sama dan memang ketika menghadiri kuliah, kami berada di dalam bangunan yang sama. Bersama tongkatnya yang boleh dilipat pendek dia akan duduk di barisan hadapan, bersedia mendengar kuliah dan memasang tape recoder. Kebanyakan masanya (sekiranya tamat waktu kuliah dan menunggu kuliah seterusnya), dia akan berada di karel (yang dikhaskan untuk pelajar istimewa di perpustakaan utama) untuk menyiapkan tugasannya kerana dia tidak terkecuali menyiapkan assigment dan membentangkannya dalam kelas tutorial. 
Dipendekkan cerita, barangkali disebabkan 'letih' menunggu 'si dia' datang berkunjung, akhirnya Amie mendaftarkan nama menjadi sukarelawati membantu dia mencari buku rujukan dan membacakan bab-bab tertentu seperti yang dikehendakinya. Adakalanya Amie bacakan isi buku sehingga satu bab... dan dia akan mendengar, tapi entah tidur entah benar-benar mendengar! Tapi hasil pembentangan kertas kerjanya memang sungguh mengkagumkan! Seingat Amie, ketika dia membentangkan assigmentnya, jari-jari dari kedua-dua belah tangannya meraba tulisan yang timbul dari mesin braille dari tepi ke tengah!


Sumber : GOOGLE

Oh! Bagaimana pula boleh terkeluar cerita tentang lagu One Day In Your Life? Kadang-kadang kalau Amie penat membaca, kami bercerita. Suatu petang, hujan renyai-renyai dan Amie terlambat masuk ke karel.
Amie: Maaf... minta maaf, saya terlambat. Mungkin awak tertunggu-tunggu saya!
Dia   : Oh...! Tak apa. Saya tahu awak (dia sebut nama Amie) yang datang ni.
Amie : Mana awak tahu saya yang datang?
Dia    : Dari bau minyak wangi... (saya memang pakai minyak wangi yang sama setiap hari kuliah).
Amie : Ooohhh!
Dia    : Dan... bunyi tapak kasut...
Amie : Wow! Saya lambat sebab...
Dia    : Hujan kan...
Amie : Mana tahu hujan di luar?
Dia    : Saya boleh hidu baunya!
Subahanallah... Maha Suci Allah yang menjadikan makhluk-Nya dengan segala keistimewaan dan keunikan yang tersendiri!

Petang itu, lain pula ceritanya. Agaknya dia terdengar Amie tercungap-cungap kepenatan melarikan diri dari hujan dan mendaki anak tangga perpustakaan, dia memutuskan untuk bercerita. Macam-macam ceritanya... sampai Amie tertawa terbahak-bahak, dan Amie lihat wajahnya sungguh ceria sama-sama berdekah-dekah! Beberapa orang petugas di situ memandang-mandang ke arah kami. Alamak.... !
Dan tempoh selama satu jam berada di bilik karel hampir ke penghujungnya.
Amie  : Awak pandai menyanyi?
Dia     : Tak pandai.... tapi saya suka lagu Michael Jackson... One Day In Your Life.
Amie  : Saya tak pernah dengar.
Dia     : Nak dengar saya nyanyi?
Amie  : Boleh... eehhh... kata tak pandai menyanyi.
Dia     : Kalau lagu ini saya pandai....
Dan dia pun menyanyi....  Amie pun mendengar dengar rasa aneh! Sukar untuk memahami apa maksud yang tersirat di sebalik senikatanya.


One day in your life

You'll remember a place

Someone touching your face
You'll come back and you'll look around, you'll

One day in your life
You'll remember the love you found here
You'll remember me somehow
Though you don't need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You'll remember one day

One day in your life
When you find that you're always waiting
For a love we used to share
Just call my name, and I'll be there
You'll remember me somehow
Though you don't need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You'll remember one day

One day in your life
When you find that you're always lonely
For a love we used to share
Just call my name, and I'll be there.


Dia   : Lagu ini sangat bermakna dalam hidup saya.
Amie : Ini kali pertama saya dengar... (sebenarnya tidak sampai hati untuk mengatakan Amie tidak dapat menangkap maksud lagu yang dinyanyikannya).

Sudah 22 tahun Amie tinggalkan Universiti Malaya. Sesekali ketika berpeluang pulang ke kampung, memang Amie akan berkunjung ke sini. Apa agaknya cerita rakan Amie yang satu ini. Terakhir kami bertemu ketika majlis konvokesyen sempena penganugerahan Ijazah Sarjana Muda kami. Dia mendapat tepukan gemuruh ketika menerima ijazah. Oh! Sungguh kagum dengan kejayaan hasil usaha gigihnya! Walau di mana dia berada, moga-moga dia berbahagia dan sudah tentunya lagu One Day In Your Life masih menjadi lagu kegemarannya! 
Suatu waktu, bila Amie berkesempatan mengamati senikata lagu One Day In Your Life.... memang bait-baitnya sungguh puitis dan menyentuh jiwa! 
Teringat perbualan kami pada suatu petang di karel:
Dia    : Saya suka pada seorang pelajar perempuan.
Amie : Siapa?
Dia    : Orang itu tidak tahu saya suka dia.
Amie : Awak nak bagi tau dia ke?
Dia senyum saja.
Amie  : Kalau awak tak bagi tau macamana dia akan tahu awak suka dia? Awak rasa dia pun suka awak ke.
Dia     : Saya tak tahu dia suka ke tidak.
Sudahkah dia beritahu kepada  si dia? Atau mungkinkah dia hanya berharap menerusi One Day In Your Life dan membawa si dia dalam kenangan sepanjang hayatnya? 

6 ulasan:

Amy berkata...

touching...touching..entah-entah Amie yang dia suka..kan!..kan!kan!

Amy berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nieyla Nadia berkata...

Salam kenal..:)

azura berkata...

Hai..aslkum.Kak Mami.. slm perkenalan dari Zurah,anak ke3 Bik Supiah dan Paman Saring (jiran lama Wak Mon)

Fathiyah Selamat berkata...

touching cerita akak. msa sya belajar dulu saya xpnh ada kwn rapat mcm tu kak. eheheh... semoga satu hari nanti akak dpt bertemu sahabat akak itu. =)

Nofi Amalia berkata...

Jual Cytotec
Jual Obat Aborsi
Obat Penggugur Kandungan