Selasa, 15 Mei 2012

Belimbing

Suka makan buah belimbing? Buah yang berbentuk bintang setelah dipotong ini mempunyai banyak khasiatnya yang tersendiri. Selain vitamin C, belimbing juga membekalkan vitamin B & A untuk penggemarnya.


Terdapat pelbagai jenis belimbing termasuk belimbing besi dan belimbing madu yang manis. Kepada penggemar belimbing untuk masakan pula, mereka boleh gunakan belimbing buluh yang masam sebagai bahan dalam masakan yang dihasilkan. Gambar di atas merupakan buah  belimbing  yang sedang mula membesar, dan Amie rakam selepas hujan.
Lokasi : Batu 6, Kampung Cocos, Lahad Datu.
Halaman rumah Tuan Imam Haji Rilay bin Abip.



Untuk maklumat  lanjut berkaitan dengan belimbing, bolehlah klik ke Anim Agro Technology DI SINI.

2 ulasan:

KuNanGKuNanG berkata...

dlu kt kg ada gak pokok belimbing ni..time berbuah semua wat xheran je.bila dah ditebang baru la tercari2 belimbing ni kat kedai jual buah..

Amie berkata...

KunangKunang,sekarang ni kalau nak sesuatu memang kena keluarkan RM he he hehh...