Assalamualaikum.
Amie sempat mengambil beberapa keping gambar buah ceri di kampung. Nampak jauh bezanya pokok ceri zaman kanak-kanak Amie dengan pokok ceri sekarang. Lihat sahaja gambar di bawah, daunnya kelihatan tidak sihat. Kalau dulu sukar untuk melihat buah ceri masak di atas pokok, kerana ia menjadi rebutan kami serta burung-burung. Tapi sekarang, banyak pula buah ceri masak jatuh berguguran ke tanah.
Bintik-bintik pada daun ceri. Mungkinkah ia kesan pencemaran alam?
Teringin memetik dan menikmatinya tetapi timbul kebimbangan di hati tentang kebersihannya! Namun masih terasa, betapa manisnya mengunyah buah ceri masak ranum suatu ketika dahulu!
Bukan sahaja pada daun, pada buah ceri juga terdapat kecacatan.
Bunga ceri ini kuabadikan buat anak cucu dan generasi akan datang yang mungkin tidak sempat mengenali apa itu pokok ceri, daun ceri, buah ceri apatah lagi bunga ceri!
Mungkinkah pada tahun-tahun mendatang bakal kutemui lagi pohon ceri yang rendang, daunnya sihat menghijau serta buah-buahnya yang ranum bergantungan?
6 ulasan:
dulu masa kecik selalu makan ceri ni. tk basuh lap2 je kat baju pastu makan hehehehe... tp skrng ni dh lama tk jumpa...
Salam kenal yer.. liya follow blog akk jugak...
seronoknya ada kawasan untuk bertani
Assalam..
Dulu2 suka buah ceri ni. Makan di atas pokok ceri sampai dah tak lalu nak makan dah..
Ma pun ada pengalaman makan buah ceri dipohon ketika budak2 dulu, tapi kini dah tak nampak lagi pokok ceri disini.
haha teringat masa kecik2. selalu panjat pokok ceri. makan buah ceri.
Balik sekolah ptg mesti makan buah ceri sementara tunggu ayah ambik...kenangan zaman kanak2...
Salam perkenalan drpd : suteraungu87.blogspot.com
Catat Ulasan