Pemandangan kota Jakarta yang sempat kami rakam dalam perjalanan ke Bandung.
Antara kehijauan dan arus pemodenan....
Yang pastinya hijau dedaun di sini tampak lebih subur.....
Peta perjalanan kami selama 6 hari 5 malam dari Jakarta - Bandung - Yogyakarta (Jawa Barat hingga ke Jawa Tengah). Waduh buk.... kami rasa lapar yang amat sangat. Jam di sini beza 1 jam lewat dari tempat kita. Akhirnya bas periwisata berhenti di Restoran Sangkuriang di Jalan Setiabudhi di Bandung.
'Wilujeng Sumping'... itu bahasa Jawa Sunda kata Pak Dedi yang bermakna 'Selamat Datang'. Inilah bahagian hadapan Restoran @ Dapur Sangkuriang itu. Kami tidak memilih tempat di bahagian dalam restoran sebaliknya pergi ke wakaf@pondok di bahagian belakang.
Pemandangan di hadapan wakaf@pondok.
Kami sangat tertarik dengan anyaman dindingnya...dan selepas ini kami sering menemui anyaman sepanjang perjalanan kami. Dan lihat di bawah... apa yang dihidangkan untuk kami... (pesanan & cadangan menu tengahari oleh Pak Dedi)...
Nasi terhidang dalam bekas tradisional.... rasanya lembut melekit seperti pulut. Menurut Pak Dedi, beras yang digunakan ialah beras pandan wangi dari Cianjur.
Tempe dan tahu gorengnya sangat sedap.... kami minta hidangan tempe dan tahu tambahan!
Ini Ikan Gurame Bakar.... berasap...panas... kami pun makan dengan penuh selera. Habis licin segala hidangan...termasuk ikan gurame masak masam manis, tom yam, ulam dan sambal ulek, ayam goreng... tapi ayam gorengnya kecil ye... ayam kampung....
Ini ayam kampung....goreng cecah dengan sambal.
Dah kenyang...ambil gambar depan wakaf...., baru kami sedar ikan yang kami makan tadi ditangkap hidup-hidup dari kolam tu..... ikan gurame tu...sebenarnya ikan kaloi! Mak oiiii.... kami makan mak bawang merah... kaloi yang kita dok pelihara dalam akuarium tu....
7 sekawan berasa senang hati kerana perut sudah penuh berisi. Kami dibawa ke Pasar Baru untuk membeli belah. Di Pasar Baru kami tukar duit lagi. Di sini tukar RM300 boleh dapat Rp824,000. Mungkin terlalu letih dan sejak kelmarin terkena hujan, Amie rasa kurang selesa. Rasa seperti hendak demam... jadi mood untuk membeli-belah terbantut sama sekali. Malas nak tawar menawar.... beli je sepasang telekong berharga Rp240,000, sepasang kasut kulit lembu Rp120,000, beg sandang berharga Rp170,00 dan sebuah beg bagasi (yang ternyata rosak apabila digunakan) berharga Rp250,000. Oleh sebab hanya bawa 2 helai baju, konon nak beli baju tapi susah nak dapat saiz sebab saiz di sini lebih kecil... terpaksa beli saiz 'M' yang sendat bila dipakai. Kawan-kawan yang lain... tak tahulah apa mereka borong.... kepala Amie rasa nak pecah, dan tekak mula terasa sakit.... tak sabar nak masuk hotel, nak mandi... nak baring...nak solat...nak rehat kejap. Sepanjang perjalanan menuju ke Hotel Serela kami masih bercerita tentang ikan gurame@kaloi yang kami makan di Dapur Sangkuriang tengahari tadi.... dan sebenarnya pelanggan yang memenuhi restoran itu dari negara kita belaka....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan