Restoran Pringsewu yang kami singgahi terletak di jalan Raya Banjar - Majenang KM 10 Wanareja... nampaknya kami sudah memasuki sempadan Jawa Tengah di sebelah selatan Pulau Jawa. Bandung sudah 186km kami tinggalkan. Restoran Pringsewu mempunyai rangkaian perniagaan terasuk Restoran Taman Pringgading di Purwokerto, Restoran Taman Pringsewu di Sleman, Yogyakarta, Restoran Taman Pringjajar di Pemalang, serta banyak lagi cawangan lain seperti di Tegal, Arjawinangun, Banyumas, Cilacap, Surakarta dan Indramayu. Jom kita masuk ke dalam restoran yang terletak berhampiran serumpun buluh nan subur ini....
Inilah muka-muka letih & lapar menunggu hidangan yang dipesan. Tiba-tiba sesuatu 'akan terjadi' tanpa kamu duga... salah seorang pelayan restoran bertanya, adakah di antara kami yang lahir di antara 14 Februari hingga 14 Mac. Kebetulan Veera berulangtahun pada 13 Mac 2011.... beberapa minit kemudian datang beberapa orang dengan alat muzik di tangan memasuki ruang kami (dalam bilik makan) sambil memainkan alat muzik dan menyanyi.....
Wow... ada kek dan lilin sekali....Happy Birthday Veera..... antara senikata lagu yang dinyanyikan lebih kurang begini:
selamat ulang tahun
kami ucapkan
semoga panjang umur
serta bahagia
panjang umurnya
panjang umurnya serta mulia
Veera pun meniup lilin........
Ulang tahun Veera yang ke.......
Ini cenderamata kenangan untuk Veera dari Pringsewu. Lepas ni acara apa pula... potong kek la....
Ha..aaa... kek diambil balik.. la... Veera diberi segelas air di atas tu...hu hu ..... Dah habis acara tiba-tiba muncul Zana dari toilet, terpinga-pinga dia. La....tertinggal lagi ko Zana... birthdaynya 25 Februari, boleh join sekali tadi tu.... he he..hidangan pun sampai satu persatu. Sebenarnya sepanjang perjalanan terutama di daerah Tasikmalaya, Amie asyik terpandang buah kelapa muda di tepi jalan. Teringin nak minum air kelapa... tu yang Amie pesan tu..., bila pesanan tiba.... beginilah rupa air kelapa tu...ingatkan sebiji kelapa yang keluar macam yang selalu Amie minum di Kota Kinabalu dan Tuaran atau tempat-tempat lain di Sabah.
Wa.....macamana nak baik batuk ni...ais...ais....ais kelapa.....
Tahu dan tempe ..... tetap ada di mana-mana & cili padi tu...eiiii pedassss buk! Tahu & tempe di atas ni berharga RP12,000.
Ayam Goreng Penyet berharga Rp15,000....mak datukkk....sambalnya pedas amat pak....!
Di atas ni pulak Ayam Tepung Dua Rasa.... Rp39,500. Oooo lain pula hidangannya kan...di bahagi 2, sebelah bermayonis, sebelah lagi sos sweet & sour. Ha... di bawah ni Amie yang pesan. Sedap tau....
Ini makanan kegemaran Amie... Jamur (Cendawan) Krispy Sos Mayonaise dengan harga Rp25,000. Teringin pula nak hirup sup. Kami pun pesan Sop Pengantin berharga Rp27,500. Beginilah rupa Sop Pengantin tu.....
Inilah rupa Sop Pengantin.... ada rupa pengantin tak...he he he... kami pun makanlah mengisi perut yang lapar....
Alhamdulillah..... macam-macam menu sudah kami jamah. Bermula di Dapur Sangkuriang menikmati masakan Jawa Sunda, di Pringsewu pula mencicipi masakan Jawa Tengah. Kami menaiki bas untuk menyambung perjalanan sejauh lebih kurang 251km lagi untuk sampai ke Yogyakarta. Sepanjang perjalanan, ada sahaja pemandangan yang menarik dapat dilihat. Sudah semestinya kami menyaksikan sendiri panorama alam terutama sawah padi dengan pelbagai suasan... ada yang sedang mengetam padi, ada yang sedang menanam, di kawasan lain pula padi sedang subur menghijau berteres-teres, ada pula sawah yang sedang diairi. Ada yang sedang mengangkat semaian ke sawah dan yang tidak indah ialah pemandangan tunggul-tunggul padi yang belum dibersihkan. Selain melewati rumpun bambu atau rumpun buluh, bas pariwisata terus laju meninggalkan hutan sertang dan hutan konnifer. Senja mula menyelubungi alam.... perjalanan masih diteruskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan