Sejarah perkembangan pendekatan art therapy dimulakan oleh Sigmund Freud dan Carl Jung, sebagai dua tokoh utama yang mengasaskan depth psychology di mana kedua-duanya begitu dominan dalam bidang sains tingkah laku atau psikologi. Kedua-duanya menekankan peranan bawah sedar, separa sedar dan simbol-simbol yang ada di persekitaran saling mempengaruhi tingkah laku manusia.
Freud yang memulakan era talk-therapy mengutarakan betapa kreativiti dan proses kreatif sama ada secara sedar, separa sedar dan bawah sedar dapat menghalang dari berlakunya gangguan atau kecelaruan mental seperti psikosis dan neurosis (McNiff, 1998). Bagaimanapun penjelasan Freud mengenai kreativiti dan hubungannya dengan gangguan mental berhenti di situ sahaja. Usaha ini diteruskan oleh Naumberg, juga seorang tokoh psikoanalisa. Beliau telah melangkaui pendekatan asas Freud dari talk therapy kepada art therapy. Naumberg melihat ekspresi visual atau luahan melalui perantaraan art sebagai satu cara untuk menzahirkan pengalaman-pengalaman bawah sedar seperti mimpi dan bayangan minda. Bagi Naumberg art therapy, ia adalah suatu bentuk ekspresi semulajadi dan sebagai komunikasi simbolik (Rubin, 1999).
Naumberg menjelaskan pendekatan art therapy hampir sama atau lebih baik dari terapi lisan kerana ia membolehkan apa yang terpendam diluahkan. Bagi Naumberg proses art therapy bertolak dari kepercayaan bahawa pemikiran dan perasaan manusia dipengaruhi secara bawah sedar. Naumberg menegaskan, kandungan pemikiran bawah sedar lengkap terbentuk untuk diluahkan dalam bentuk imej dan bukan secara lisan (Hintz, 2009). Aspek imageri simbolk, lafaz lisan dan sesi art therapy menyediakan ruang untukpemulihan. Dengan mencipta art ia adalah sebagai sebahagian daripada proses teraputik di mana maksud simbolik kesan daripada menghasilkan imej art dapat difahami.
Kramer (1971) dalam Rubin (1999) tokok psikoanalisa selepas Naumberg meluaskan kepercayaan dankefahaman psikologikal bahawa proses psikik bawah sedar dari pengalaman mencipta art bukan sekadar sebagai komunikasi visual simbolik tetapi kreativiti adalah asas dalam proses art therapy. Tindakan mencipta imej, produk artistik melibatkan proses penyaluran, saringan, dan transformasi pengalaman dalam diri yang boleh dilakukan menerusi sublimasi,intergrasi dan sintesis. Walaupun ekspresi atau luahan art tidak secara langsung menyelesaikan konflik tetapi ia memberi ruang di mana perasaan berupata diluahkan dari dalam diri. Gagasan Kramer lebih mendalam dalam proses art therapy berbanding dengan Naumberg yang lebih tertumpu kepada penghasilan imej atau produk art.
Jung pada mulanya bersama reud tetapi kemudian beralih arah dengan mengasaskan psikologi analitik menerusi gagasan Imaginasi Aktif dan simbol adalah sebahagian daripada pengalaman manusia. Konsep imaginasi aktif Jung beliau definisikan sebagai tumpuan terhadap fantasi yang merangsang penghasilan imej. Jung juga merujuk imaginasi aktif sebagai membayangkan dan terus membayangkan. Menerusi tatacara kaedah perkaitan bebas dari imej visual yang pada asalnya dialami dalam bentuk mimpi boleh muncul sama ada secara sedar atau bawah sedar menerusi ciptaan art. Teknik melukis, mewarna dengan kemunculan penciptaan pelbagai imej art, membantu klien menceritakan kisah secara visual dalam bentuk art yang dihasilkan. Penggunaan imaginasi aktif dengan penghasilan imej-imej dalam bentuk lukisan juga dirujuk sebagai image dialogue kesan dari proses menghasilkan imej atau gambaran visual dalam bentuk lukisan (Furth, 2002).
Perkaitan antara imej lukisan melalui imaginasi aktif bersifat spontan, tiada tapisan mahu pun saringan mencerminkan pelbagai pengalaman dan persepsi klien, pengaruh persekitaran dan pelbagai simbol yang adakalanya bersifat universal. Jung selanjutnya menyentuh imaginasi aktif turut melibatkan dunia universal mitos dan warisan budaya dalam sesuatu budaya yang beliau kategorikan sebagai collective unconscious dan arkitip merupakan kandungan kepada collective unconsious.
Sewaktu prose imaginasi aktif berlangsung terapis atau kaunselor bersama klien meneroka jauh ke dalam diri klien dengan melihat elemen-elemen collective unconscious yang melibatkan persona, anima, animus dan bayangan. Persona merujuk kepada wajah publik seharian yang kita bawa dan gunakan untuk melindungi diri sendiri. Anima dan animus mewakili aspek feminiti dan maskuliniti pada kedua-dua jantina. Kedua-dua aspek meskuliniti dan feminiti bersepadu dengan diri. Bayangan atau shadow mewakili pemikiran, perasaan dan tindakan yang tidak dapat didekati dan diketahui oleh orang lain. bayangan atau shadow ini adalah kejahatan atau keburukan diri sendiri atau siapa sahaja individu yang kita tidak sukai. Jung mempercayai bayangan atau shadow ini wujud dalam diri dan melalui imej-imej yang muncul dalam mimpi atau art seperti lukisan membolehkan klien mengakui kewujudan bayangan ini.
Matlamat imaginasi aktif bertujuan untuk membantu klien meneroka diri sendiri melalui imej dan metafora visual yang dicipta. Imej visual sebagai naratif personal atau kisah peribadi dapat meningkatkan kefahaman untuk mendapatkan wawasan diri. Namun usaha untuk memahami imej dan metafora visual yang muncul dalam bentuk art secara visual kesan daripada imaginasi aktif mempunyai maksud, makna dan interpretasinya dipengaruhi oleh ciri-ciri personal klien yang hidup dalam sesuatu budaya.
Penceramah: Prof. Madya Mohd. Makzan Musa
Sanbay Hotel, Sandakan.
1 November 2011
bersambung/....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan